Posts

Showing posts from August, 2012

cerita macam macam. eh?

Image
takde apa sangat nak update cuma saja nak buang masa yang ade :P sekarang cuaca tak menentu. kejap hujan, kejap panas. bila hujan banyak je bocor. macam boleh masuk bersamamu gitu. ni dah raya ke berapa eh? tak perasan pulak. tapi semua dah masuk keje, start kelas, nak masuk degree. so, taklah beraya sangat dah kan? biskut raya kat rumah pun dah nak habis. tinggal cornflakes je. tak laku =.=' duit raya still ada ni haaaa. hehe. nak buat macam mana, over dose sikit tahun ni. ahaks. tapi ada yang dah guna lah buat beli apa apa yang patot :) well, barang buat biskut raya pon banyaaaaaaakkkkk je lagi. tak tau nak buat apa. kalau simpan sampai tahun depan boleh ke? ni pon dah lama tak buat kek. nak buat tapi, orang kat rumah tak makan sangat. banyak diri sendiri je makan. so, fed up okay T___T dah la nak pasang nozel kat piping beg tak pandai. tapi tadi tetiba otak jadi genius. lol. teringat kat you tube pon ada tutorial macam macam. so, jumpa la. senang je rupanya. heee  o

Berebut!

Image
To be a princess, you have to believe that you are a princess. dalam rumah ni aku berdua je dengan ibu yang jantinanyewww perempuan. so, kerja rumah ada yang ibu buat ada yang aku buat. tapi yang paling banyak memang ibu lah yang buat. aku? hmmm. tido kot. :P tapi kalau part basuh pinggan mangkuk kotor memang dua dua rajin ya amat sangat!! kalau dua dua busy duk kat dapur mesti berebut nak basuh pinggan. kadang, kalau aku tengah syok syok basuh pinggan mesti ibu suruh ketepi sebab nak basuh pinggan! tu sume sebab dua dua malas nak pegi susun pinggan mangkuk dekat rak. sebab kena ulang alik dari singki ke rak. macam jauh sangat kannnnnn? padahal dua tiga langkah je. :P tapi serius malas nak pegi susun pinggan mangkuk. tapi kan, banyak benda la aku malas sebenarnya. hahaha. mohon mak mertua jangan rejek! >_<

Rayaaaaaaa :))

Image
aku tengah duk tunggu myrah nak datang ni then nak pegi beraya. yeahhh. ni dah hari raya ke 7 dan aku baru je nak keluar rumah nak pegi beraya rumah kawan-kawan. sebelum ni memang susah lah sebab setiap hari ramai je datang. nak tinggal kat ibu sorang-sorang pon tak berapa sanggup. heee. sape lagi nak tolong kalau bukan aku kan? ececece~ gambar raya pon takde ni. sobss. tengah tunggu mak sedara email. tapi, bila nak nak email tu? ^_^ How was your eid celebration? banyak dapat duit raya? well, ada yang dapat ada yang tak dapat kan? biasalah nak nak yang dah doploh lebih lebih tu. hee. tapi, aku still je dapat. untung pegi beraya dengan family kannn? ;) bila dah makin besar, haruslah makin banyak duit raya tu. lagi banyak dari aiman aku dapat. wkwkwkwkwk. padahal aiman tu baru form 2. akak die ni dah doploh dua pon.  so plan beraya kat mana tu memang blur lagi. sudahnya merewang kat bandar KT tu je kot. ishhh. tapi, kalau boleh nak pegi semua rumah kawan-kawan :) btw, thanks k

Friends

Image
kawan ni ramai. banyak jenis. banyak perangai. 1001 macam. tapi kawan yang PALING rapat tak ramai. kan? mungkin la. mungkin untuk orang yang tak ramai kawan macam aku. susah jugak. sebab kalau tak hang out dengan kawan yang paling rapat, jadi malas sikit nak keluar dengan keluar kawan yang tak rapat ni. jadi hati tak ikhlas gitew. bila keluar dengan kawan, borak pasal masing-masing. borak pasal kawan tu, kawan ni, hobi tu, hobi ni. bukan nak dengar cerita pasal boipren masing-masing doplohpat jam! ye ye ye, saya tahu awak ada boipren. saya takde. takde boipren, takde orang nak. jangan la nak cerita sangatttt. bosan tau! telinga saya bukan untuk dengar cerita yang sama pasal boipren awak je manjanggggggggggg. pantang nampak muka saya je, awak nak cerita pasal boipren awak. *sigh* p/s: duit raya bessssssttt! :)) nak doploh dua sampai bila bila :P

Lebaran

Image
*google* dah nak rayooooooo! selamat hari raya aidilfitri kepada semuaaaaa orang. semua yang kenal diri ni, semua yang baca blog ni, peminat-peminat. ecececece. di kesempatan ni, maaf dipinta jika ada salah dan silap. lagipun aku tau plus sedor diri sangat yang dah lama sangatttttt tak komen-komen kat blog orang lain. harap orang je datang. datang bace jelah. tak komen. hee eh. amende mengarut ni. Ramadhan kali ni cepat je berlalu kan? banyak lagi benda yang aku tak sempat nak lengkapkan. biaselah. lagho dengan duniawi. sobs. busy buat biskut raya pon ye jugak. yelah, dah aku sorang je pompuan. ibu pulak keje. semua aku buat. kadang-kadang sampai bengong kepala sebab mengantuk sangat, eyebag pon memang teruk gile! mata panda raya tahun ni. hohoho. again, Happy Eid Mubarak 1433H to all Muslims in this world. jemputlah datang rumah raya ke berapa pun. sebab hari-hari open house. ekekekeke. lepas tu jangan lupa bawak duit raya sekali okeh! :P

I am my mommy's HERO!

Image
berbajukan baju tidur pooh, berkainkan batik ibu terchenta, aku baru je lepas cat ruang tamu kedua kat rumah. phewww *perah peluh kat baju* dari semalam jadi hero untuk ibu. sibuk duk cat rumah. ibu cakap, kalau tak siap lagi cat tak payah buat lagi la biskut raya. ayoooo. dah berapa hari tangan gatal nak menguli doh ni :P adik-adik laki pakat duk tengok je aku berpeluh-peluh cat rumah, keluar masuk rumah pastu kerling kerling je. hampehhh >< abah pun sama. tengok pastu kompelin. tapi, abah try jugak cat sikit. sikit je. satu dua line. hua hua hua. ibu cat minggu lepas tapi sebab ada darah tinggi pastu tak boleh tengok atas lama-lama, tak pasal-pasal demam tiga hari! tadi tengah duk cat, ibu dengan abah duduk belakang aku sambil makan-makan. huwaaaa. kesian aku :P so, sebab tulah aku ambik alih. ibu cakap, aku ni serba boleh. ececece~ sebab tulah sekarang aku jadi HERO ibu! :))

Jealousy

Image
sungguh aku tak faham dengan mainan perasaan. kenapa nak jealous sangat ni ha? tolong hati, jangan pernah ada rasa macam ni. bukan ke semua orang ada hak untuk rasa bahagia? Lindungi hati saya, Tuhan. Dengan sebaik-baik perlindungan. Agar tak ada gundah yang mendekat, serta rasa sakit yang melekat.  Khoiriya Latifa (via khoiriyalatifa) cemburu tu buat hati rasa sakit, tak tenang, gundah gulana. Ya Tuhan, jauhkanlah rasa ini agar mudah aku jatuh cinta hanya untuk Mu. :)